Tuesday, September 27, 2011

Raya Bibs

Dah lama tak update project kat blog. Saya masih menjahit cuma kesempatan untuk edit gambar dan semangat nak update blog je kurang.

Ini adalah bibs yang dijahit masa Ramadhan untuk Aidilfitri. Ada beberapa lagi tapi sebab tiada dalam memory card jadi saya upload apa yang ada dahulu.

1. Reversible bibs Size M


2. Reversible bibs Size S


3. Reversible bibs Size M. Request from customer to put the name on polkadot fabric.


4. Reversible bibs Size M. Both side ada nama.





 
 
 

Monday, September 26, 2011

Sibuk sikit

Dah lama saya tak update blog, bukan kerana lupa tapi saya agak sibuk. Ramadhan yang lalu saya sibuk menyiapkan tempahan bibs dari rakan-rakan di Facebook.

Kemudian, selepas raya saya sibuk pulak pergi training. Setiap minggu ada training yang dibuat di luar office, jadi memang letih.

Saya ada banyak gambar bibs perlu di upload ke dalam blog tapi belum sempat edit. Masih dalam memory card.

Saya akhiri entry ini dengan gambar saya dan anak kecil masa hari raya. Beg yang anak pakai tu dijahit sendiri. Tetiba terasa nak jahit beg utk isi duit raya dan terhasillah beg comel tu.