Saya sebenarnya terikat dengan satu project, named #TwtupKaseh. Not because the program named Kaseh (my little baby called Kasih as well) tapi sebab saya dah lama ingin join charity program tapi tiada kesempatan. Alhamdulillah, saya berjaya register nama saya untuk prepare pencil case. Of course, saya jahit. Mula2 plan nak jahit untuk semua anak yatim seramai 70 orang tapi kerana ketidak sempatan berpindah rumah jadi saya berjaya jahit 40 sahaja. Organizer kata boleh bagi 40 untuk buat hadiah game.
Inilah gambar serba sedikit pencil case nya. Harap2 dapat dimanfaatkan oleh student. Size agak besar untuk muatkan scientific calculator.
Jadi sepanjang menjahit 40pencil cases, banyak lesson yang saya dapat. Saya nak share di sini supaya saya boleh kenang-kenangan kembali nanti:
- Saya yang tak pernah confident untuk jahit zip, dah pandai jahit dah. Juga saya pun dah pandai gunakan tapak zip tu.
- Pernah 2 atau 3, mungkin lebih, benang tersangkut. Jadi nya saya kena buka sendiri mesin untuk clearkan benang yang tersangkut tu. Alhamdulillah berjaya.
- Bila dah buka dekat area machine/mechanical part barulah sedar tahap kekotoran/debuan dalam tu. Lantas teringat berus yang ada dalam sewing kit, terus amik dan bersihkan ia. Saya gembira sebab machine tu nampak bersih.
- Pelajaran paling penting: Bila kita ikhlas untuk menderma, Insyaallah akan ada rezeki lain yang akan datang. Yang penting ikhlas.
Harap-harap organizer dah dapat pencil case ni dan suka lah hendaknya. Juga saya berharap student pun dapatlah gunakan sepenuhnya. Kalau ada terkurang, minta maaf la penganjur.
P/S: Ni bukan entry nak riak tapi sekadar entry kenapa saya sibuk. Dan gembira nak share project2 terbaru saya.
No comments:
Post a Comment